Faktor-faktor berlakunya penguasaan bahasa kedua dan kisah-kisah bagaimana penguasaan bahasa kedua diperolehi.
1-Berpendapat bahawa bahasa kedua dapat menyelesakan diri seseorang yang tinggal dalam sebuah kelompok masyarakat asing.
2-Peluang pekerjaan yang terhad.
3-Bahasa kedua yang menjadi bahasa majoriti dalam negera yang didiami.
4-Mempunyai kepentingan dalam keperluan pendidikan dan perhubungan
5-Pengaruh ibu bapa dan keluarga yang berkomunikasi menggunakan bahasa kedua.
6-Minat seseorang yang ingin menguasai bahasa kedua.
7-Pertuturan dengan kaum yang terpaksa menggunakan bahasa kedua.
1.Berpendapat bahawa bahasa kedua dapat menyelesakan diri seseorang yang tinggal dalam sebuah kelompok masyarakat asing
Hal ini sering terjadi kerana seseorang yang tinggal di sesebuah kawasan dan dikelilingi oleh kelompok masyarakat asing akan sedaya upaya memaksa diri mereka untuk menguasai bahasa kelompok tersebut. Perkara ini dianggap sangat penting untuk melahirkan rasa selesa antara satu sama lain semasa tinggal di sana dan memudahkan urusan kemasyarakatan dilaksanakan.
2.Peluang pekerjaan yang terhad
Kini, peluang pekerjaan sangat terhad dan sangat memerlukan kemahiran dan keunikan tersendiri. Disebabkan oleh hal yang demikian masyarakat banyak mengambil langkah supaya dapat menonjolkan keunikan diri dengan menguasai bahasa kedua bagi meningkatkan peluang dipilih sebagai pekerja.
3.Bahasa kedua yang menjadi bahasa majoriti dalam negara yang didiami
Perkara ini juga merupakan salah satu faktor yang agak banyak terjadi terutamanya kepada golongan penduduk yang berhijrah ke luar negara. Misalnya seperti pelajar yang melanjutkan pelajaran, individu yang bekerja di luar negara , mahupun penduduk negara itu sendiri yang berlainan bahasa pertamanya dengan bahasa majoriti dalam negara. Hal ini sedikit sebanyak telah menyebabkan golongan-golongan ini perlu menguasai bahasa majoriti negara yang didiami untuk memudahkan kelangsungan hidup di negara tersebut.
4.Mempunyai kepentingan dalam keperluan pendidikan dan perhubungan
Pada masa ini, pendidikan juga menggalakkan penguasaan bahasa kedua dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana penguasaan bahasa kedua yang baik sering diutamakan dalam pelbagai urusan terutamanya dalam urusan perhubungan masa kelak.
5.Pengaruh ibu bapa dan keluarga yang berkomunikasi menggunakan bahasa kedua
Kebanyakan anak-anak yang menguasai bahasa kedua dengan baik adalah kerana sudah dididik sejak kecil oleh ibu bapa masing-masing untuk berkomunikasi menggunakan bahasa kedua lebih banyak berbanding bahasa ibunda. Hal ini sering terjadi apabila ibu bapa lebih menggalakkan anak-anak mereka untuk menguasai bahasa lain juga demi meningkatkan jumlah bahasa yang dikuasai.
6.Minat seseorang yang ingin menguasai bahasa kedua.
Terdapat juga individu yang rajin untuk mempelajari bahasa kedua kerana minat. Hal ini kerana mereka juga dapat melihat akan kepentingan dan kelebihan menguasai bahasa kedua dan mula bertindak untuk belajar menguasai bahasa berkenaan walaupun hanya melalui peranti dan media sahaja.
7.Pertuturan dengan kaum yang terpaksa menggunakan bahasa kedua.
Ada juga masyarakat yang terpaksa menguasai bahasa kedua kerana perlu berkomunikasi dengan kaum yang berbeza. Misalnya seperti untuk berkomunikasi dengan rakan, jiran , guru dan sebagainya.
KISAH 4 BERADIK BERBANGSA MELAYU MAHIR BAHASA TAMIL
Puteri Noor Syafiqa Zehari dan adik beradiknya telah ditemu bual di siaran televisyen TV3 mengenai kemahiran penguasaan bahasa Tamil yang dikuasai mereka. Menurutnya dia dan adik beradik telah dihantar ke rumah rakan ibu mereka yang berbangsa India sebagai pengasuh. Mereka telah dihantar semenjak usia 10 bulan kerana ibu mereka perlu bekerja. Sepanjang mereka di rumah pengasuh berbangsa India itu, mereka telah terdedah dengan bahasa Tamil dan membuatkan mereka mula bertutur dalam bahasa Tamil apabila sudah mahir dalam bahasa tersebut. Mereka juga sering berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan bahasa Tamil selain bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Melayu. Disebabkan oleh mereka 4 beradik sering berkomunikasi dalam bahasa tersebut, ibu kepada empat adik beradik ini mula mempelajari bahasa tersebut juga kerana tertarik melihat anak-anaknya berjenaka dalam bahasa yang tidak difahaminya. Bagi mereka adik beradik, kebolehan menguasai bahasa Tamil mempunyai banyak kelebihannya dalam kehidupan. Antaranya adalah telah memudahkan mereka untuk berkomunikasi dengan orang berbangsa India di sekeliling mereka seperti rakan-rakan mahupun jiran tetangga.
KISAH SEORANG REMAJA LELAKI YANG MENGUASAI 7 BAHASA
Lelaki yang bernama Azrey Hendery juga telah ditemu bual secara siaran langsung di rancangan televisyen bertajuk Malaysia Hari Ini (MHI). Di dalam siaran langsung tersebut dia telah mengemukakan bahawa dia hanya mempelajari bahasa-bahasa tersebut melalui aplikasi YouTube sahaja tanpa pergi ke mana-mana tempat lain yang memiliki tenaga pengajar secara fizikal. Menurutnya juga dia sebenarnya sangat meminati untuk menguasai bahasa-bahasa asing. Oleh itu, proses pembelajaran untuk menguasai bahasa asing dapat diperolehinya dengan lebih mudah kerana minatnya itu sendiri telah mendorongnya untuk teruskan usaha yang dilakukan dalam mempelajari bahasa sehingga boleh bertutur. Dia juga sering menggunakan kemahiran penguasaan bahasa yang dimilikinya untuk berkomunikasi dengan orang-orang penutur natif bahasa yang dipelajarinya di aplikasi-aplikasi tertentu sehingga dapat memegunkan penutur natif bahasa yang dikuasainya ketika dia berkomunikasi dengan mereka secara fasih. Kesimpulannya di sini adalah , penguasaan bahasa kedua dapat dikuasai dengan adanya minat yang mendalam dan mempengaruhi seseorang dalam menguasai sesuatu bahasa walaupun mempelajarinya secara dalam talian semata-mata.
Bibliografi
Norul Haida HJ. Redzuan (2013). Ilmu Psikolinguistik. Tanjong Malim. Penerbit Emeritus Publications.
Zulkeflee Haji Yaacob. (2022). Bahasa dan Linguistik Komprehensif. Kota Bharu. Bunga Melayu Solutions.
Yessy Hermawati. (2014). Jurnal dan Pembelajaran: Pemerolehan bahasa kedua
TV3MALAYSIA Official. (2022 Januari 22) Kuasai 7 Bahasa dengan belajar sendiri.Malaysia Hari Ini (MHI).(video file). Diakses pada 17 November 2022 dari :
https://youtu.be/0pSy_fudR_U
TV3MALAYSIA Official. (2021 November 4) Kisah Sekeluarga Melayu Yang Mahir Berbahasa Tamil. Malaysia Hari Ini (MHI). (video file). Diakses pada 19 November 2022 dari :
https://youtu.be/v_b5O8zlXi0
Comments
Post a Comment