KENALI APA ITU DISLEKSIA ATAU AFASIA MEMBACA DAN MENULIS

Disleksia adalah gangguan dalam proses belajar yang diuji dengan kesulitan membaca, menulis, atau mengeja. Penderita disleksia akan kesulitan dalam mengidentifikasi kata-kata yang diucapkan dan mengubahnya menjadi huruf atau perkataan.

Disleksia juga tergolong sebagai gangguan saraf pada bagian otak yang memproses bahasa. Keadaan ini dapat dialami oleh anak-anak atau orang dewasa. Meskipun disleksia menyebabkan kesulitan dalam belajar, penyakit ini tidak mempengaruhi tingkat kecerdasan penderitanya.

· Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus.

· Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai pembelajaran di sekolah walaupun:

o   Mereka telah berusaha bersungguh-sungguh

o   Mempunyai keupayaan intelektual yang normal

o   Telah mendapat rangsangan dan panduan pembelajaran yang mencukupi

· Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi

· Mereka mungkin mengalami kesukaran

o   Membaca

o   Menulis

o   Memahami

o   Mengeja

o   Mengira

· Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah mempunyai masalah disleksia

· Kanak-kanak lelaki lebih ramai mengalami Disleksia berbanding kanak-kanak perempuan.

Afasia dyslexsia menjadi punca kecelaruan membaca dan menulis. Ada yang berlaku selepas individu beroleh kemahiran membaca dan menulis. Dalam kalangan kanak-kanak, dyslexsia dapat diperhatikan di peringkat pemerolehan kemahiran membaca dan menulis . Dominasi hemisfera , kecacatan persepsi visual atau kesan penggunaan kaedah pengajaran yang lemah boleh menyebabkan kanak-kanak memulakan bacaan atau tulisannya dari belakang. Sebagai contoh perkataan deer menjadi reed dan keliru huruf seperti b menjadi d , p menjadi q , n menjadi m dan m menjadi w. 

Disleksia terbahagi kepada dua kategori iaitu Alexia yang mengakibatkan kecelaruan membaca dan Agraphia yang mengakibatkan kecelaruan menulis. Malah seseorang mungkin akan mengalami kedua-dua keadaan ini pada masa yang sama, iaitu tidak boleh membaca dan menulis. Bagi kes Agraphia tulen, penghidap tidak langsung boleh menulis walaupun tangannya boleh digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain. Sebagai contoh, individu yang telah mengalami strok di hemisfera kiri atau kecederaan akibat sebab-sebab lain  mungkin dapat membaca ayat-ayat mudah seperti What is your name? tetapi tidak boleh  menulis ayat itu dalam bentuk. Segelintir penghidap tidak dapat membaca frasa tetapi dapat menulisnya sebagai catatan. Keadaan ini dikenali sebagai alexia agraphia , malah penghidapnya tidak dapat membaca catatan yang ditulisnya. 

Terdapat juga individu yang boleh menuturkan suara hatinya tetapi apabila pertuturan itu dirakam dan diperdengarkan semula kepadanya, dia sendiri tidak faham pertuturannya itu. Ini dikesan dalam pelbagai struktur dan fungsi otak sebagai penyelaras proses-proses mental bagi kedua-dua hemisfera utama dalam otak manusia.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA AFASIA MEMBACA DAN MENULIS

Keturunan

-Masalah disleksia telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak disleksia. Kajian perubatan di Barat mendapati kanak-kanak ini mempunyai latar belakang keluarga yang turut mempunyai sindrom berkenaan. Ibu bapa yang disleksia secara tidak langsung telah menurunkan gangguan ini kepada anak-anaknya atau anak kidal yang sering dikenalpasti menghidap disleksia.

Pemakanan

-Berdasarkan beberapa penyelidikan , kajian dan penemuan , terdapat beberapa unsur penyedap makanan , bahan awet dan pewarna tiruan yang dikenal pasti menganggu otak apabila ia diambil secara berlebihan dalam tempoh yang lama terutama kepada golongan kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran.

Bawaan

-Masalah pendengaran yang terganggu sejak lima tahun pertama juga sedikit sebanyak mempengaruhi berlakunya gejala ini. Hal ini dikatakan demikian kerana jika masalah pendengaran terjadi sejak dilahirkan dan tidak dikesan lebih awal, maka otak yang sedang berkembang akan sukar untuk menghubungkan bunyi atau suara yang didengarnya dengan huruf atau kata yang dilihatnya.

Biologi

-Kebiasaannya berpunca daripada kejadian kelahiran pra matang , berlakunya kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Perkara ini telah menyebabkan kerosakan otak dan mengakibatkan kanak-kanak mengalami masalah belajar walaupun kerosakannya hanya minimum. Pada pandangan lain juga, kerosakan otak yang dialami golongan ini juga berkemungkinan terbentuk sejak berada di dalam kandungan. 

 

JENIS DISLEKSIA (AFASIA MEMBACA DAN MENULIS)

Disgrafia

Disgrafia ialah kesukaran menyatakan apa yang terdapat dalam pemikiran ke dalam bentuk tulisan dan graf yang merujuk kepada tulisan yang buruk. Hal ini juga telah menyebabkan penghidapnya menghadapi masalah penulisan kerana tidak boleh menterjemah pemahaman bahasa kepada sistem simbol.

Disleksia Visual

Merujuk kepada individu yang dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membuat perbezaan, interpretasi atau mengingati perkataan yang dilihat olehnya. Tahap terjejasnya bacaan akan terganggu pada masalah yang dihadapi. Menurut Lerner- adalah kepayahan seseorang khususnya dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad , perkataan serta mengecam angka , nombor , bentuk geometri mahupun gambar.

Disleksia Auditori

Membawa maksud keupayaan mengesan atau mengenal pasti perkara yang didengar dan menyambung bahagian penting kepada pembelajaran. Melihat persamaan antara perkataan dan bermasalah dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fungsi auditori. Gagal membezakan bunyi , mengenal pasti bunyi untuk dijadikan perkataan dan membahagikan perkataan dalam suku kata. 

Diognosis Afasia

Afasia biasanya didiagnosis setelah doktor melakukan pemeriksaan secara mendalam. Pemeriksaan tersebut melibatkan latihan sederhana, seperti meminta seseorang untuk menyebutkan benda-benda di dalam sesebuah  ruangan, mengulang apa-apa kata, perkataan , membaca dan menulis. 

Tujuan daripada pemeriksaan ini adalah untuk memahami kemampuan seseorang dalam:

-Memahami pengucapan dan tatabahasa dasar.

-Menggunakan kata-kata dalam frasa dan perkataan.

-Berkomunikasi secara sosial, misalnya mengadakan percakapan atau memahami percakapan.

-Membaca dan menulis huruf, kata dan perkataan.

CT scan dan MRI scan juga biasanya dilakukan oleh doktor untuk melihat dan menilai kerosakan otak secara lebih terperinci dan tepat.

BIBLIOGRAFI 

Norul Haida HJ. Redzuan (2013). Ilmu Psikolinguistik. Tanjong Malim. Penerbit Emeritus Publications.

Zulkeflee Haji Yaacob. (2022). Bahasa dan Linguistik Komprehensif. Kota Bharu. Bunga Melayu Solutions.

Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia. (2022). Disleksia Portal MyHEALTH

Disleksia - PORTAL MyHEALTH

Alodokter Kementerian Kesihatan Indonesia. (2021). Disleksia Gejala penyebab dan mengobati

Disleksia - Gejala, penyebab dan mengobati - Alodokter

TV3MALAYSIA Official. (2022 Julai 24) Disleksia .Helo Doktor. (video file). Diakses pada 17 November 2022 dari :

https://youtu.be/f_NjDMxquWU

 

 

 


Comments